(MALAY) QURAN SURE SEÇİNİZ
(MALAY) QURAN |
| 1 - AL-FAATIHAH |
| Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
|
| 1. | Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
| 2. | Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. |
| 3. | Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
| 4. | Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). |
| 5. | Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. |
| 6. | Tunjukilah kami jalan yang lurus. |
| 7. | Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. |