(MALAY) QURAN SURE SEÇİNİZ
(MALAY) QURAN |
| 104 - AL-HUMAZAH |
| Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
|
| 1. | Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, |
| 2. | Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; |
| 3. | Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! |
| 4. | Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah". |
| 5. | Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu? |
| 6. | (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); |
| 7. | Yang naik menjulang ke hati; |
| 8. | Sesungguhnnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. |
| 9. | (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. |