(MALAY) QURAN SURE SEÇİNİZ
(MALAY) QURAN |
| 99 - AZ-ZALZALAH |
| Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
|
| 1. | Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, |
| 2. | Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, |
| 3. | Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? |
| 4. | Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: |
| 5. | Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). |
| 6. | Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. |
| 7. | Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! |
| 8. | Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! |