1. |
Apabila langit terbelah,
|
2. |
Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;
|
3. |
Dan apabila bumi diratakan,
|
4. |
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong,
|
5. |
Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
|
6. |
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
|
7. |
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya;
|
8. |
Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
|
9. |
Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
|
10. |
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
|
11. |
Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
|
12. |
Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.
|
13. |
Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
|
14. |
Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!
|
15. |
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
|
16. |
Maka Aku bersumpah, demi mega;
|
17. |
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
|
18. |
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
|
19. |
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
|
20. |
19. Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
|
21. |
20. Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
|
22. |
21. Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
|
23. |
22. (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
|
24. |
23. Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
|
25. |
24. Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
|
26. |
25. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus. |